Monday, January 26, 2009

Permata di dunia...

Gambar anakku yang paling kecil(bongsu) sewaktu mula dilahirkan dulu...
Kini Alhamdulillah...berkat kesabaran ku..anak ini telah menjangkau usia setahun jagung...


Amanah Allah yang perlu kita jaga dan uruskan sebaiknya.... Walaupun ia cuma harta yang dipinjamkan Allah untuk kita...


Lahirnya adalah ibarat kain putih yang suci lagi bersih.... Kita lah yang akan mencorakkannya... supaya menjadi generasi Islam yang sebaik-baik insan dan semulia umat agar terus membawa panji2 Islam ke seluruh pelusuk alam...

Memang tugas seorang wanita ialah melahirkan anak , memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah SWT untuknya. Tentang perkara ini Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita,disebabkan Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka" (An-Nisa':34)









Sunday, January 25, 2009

Yey...cuti lama gak..seminggu


salam..ni nk citer skit... erm..sempena cuti raye cine nih... .time2 cuti gini..ramai yg sama2 balik kampung...
erm...saya pun turut balik jugak dengan hanya bersama2 anak2 tersayang...inilah realiti yang terpaksa ku tanggung demi meneruskan hidup di muka bumi Allah s.w.t ni... Dugaan Allah yang terpaksa ku terima dengan redha..iaitu hidup tanpa bantuan,dorongan,cinta dan kasih dari "sayap kanan"...
Seronok juga bercuti di kampung bersama sanak saudara dan ibu bapa...
ok ler... dapat le jugak rest my mind from school work and etc...

di sini sedikit renungan untuk tatapan bersama:
LAILAHAILLALLAH
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika kita ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahun Baru Cina (WALLAHUALAM) . Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM) , tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH) . Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Ke atas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH) ? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.