Thursday, August 20, 2009

Untuk para lelaki..esp....suami...


Sekadar mengisi ruang dan laman
tazkirah pendek untuk tatapan kita semua....baca dengan teliti..



1. Selalu menghargai usaha dan
penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa
menanggung hutang suami.



2. Bila isteri bercakap, pandanglah
mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga
kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta
prihatin.



3. Jangan sekali-kali membandingkan
masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali
masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak
anda.



4. Jangan demand sex sekiranya
isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk
penuhi nafsu syahwat saja.



5. Kalau pasangan dah ada anak,
sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga... Ada suami, isteri seda ng
makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar
kekenyangan macam maharaja.



6. Jangan sekali-kali duduk
tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka
saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.



7. Sekiranya suami makan dahulu,
tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau
tak!



8. Kalau nak ajak member bertandang
ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance.. Jadi bolehlah
dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan
keluarga)



9. Jangan sekali-kali menyakat
isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi.. Tengok
body sendiri dalam cermin dulu.



10. Jangan kentut depan isteri.
Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?



11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum
keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat
isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara
bergurau.



12. Jangan kedekut dengan isteri
serta keperluan rumahtangga.



13. Jagalah maruah anda sebagai
suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan
anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.



14. Jangan bersepah dan bersikap
pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi,
buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah
ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat
ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?



15. Rajin-rajinlah bertanya isteri
kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan
tanya dua tahun sekali..Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah
saja.



16. Hormatilah isteri anda
sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak
keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.



17. Jangan main kayu tiga dengan
perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu
awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak
buat?



18. Kalau tak menyukai sikap atau
perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau
awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual
sayur? Jiran sebelah rumah awak?



19. Kalau isteri nampak tak sihat,
cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang
dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.



20. Berbincanglah dengan isteri
sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi
bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.



21. Dalami agama dan bimbinglah
anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang
suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk
neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu
suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang
ustaz.



22. Berusahalah dengan ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh
kali



23. Jangan buat donno kalau isteri
merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil
kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki
amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng
sahaja.




Allah s.w.t. berfirman"Dan
ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu
berhati-hatilah dengan Tuhan"




-semua ini dari email seorang
sahabat ana yang dipetik dari kata2 Dato'Dr. Fadzilah Kamsah...




4 comments:

chekgu Bani Hassim said...

lorr...
ingt dari buah fikiran sendiri...

byk jugak kate2 berguna nih...

psst! dah kembali berbelog ke??

Anonymous said...

salam...
akhirnyerrr kembali ms....
ingat dah..... tutup kedai...
heheheh..

pR!ncESs mUsL!m@H said...

Salam...

Subhanallah..
Syabas ya enti cz memberikan nasihat serta tunjuk ajaq yang hebat kpd kaum adam yang bergelar zauj.:D
Diharap kaum adam yang dah bgelar zauj atau bakal dapat mengambil nasihat dan tunjuk ajaq ini secara positif.
Binalah sebuah Baiti Jannati yang diredhai dan diberkati olehNya. Amin

Muslimahsolehah said...

Chekgu BaniHassim
Alhamdulillah..InsyaAllah MS sentiasa ada untuk berbelog dengan semua.

Princess Muslimah...
InsyaAllah...zauj2 dan bakal zauj di luar sana menjadi suami yang soleh dan bertakwa serta beriman pada Allah..Amin