Monday, January 26, 2009

Permata di dunia...

Gambar anakku yang paling kecil(bongsu) sewaktu mula dilahirkan dulu...
Kini Alhamdulillah...berkat kesabaran ku..anak ini telah menjangkau usia setahun jagung...


Amanah Allah yang perlu kita jaga dan uruskan sebaiknya.... Walaupun ia cuma harta yang dipinjamkan Allah untuk kita...


Lahirnya adalah ibarat kain putih yang suci lagi bersih.... Kita lah yang akan mencorakkannya... supaya menjadi generasi Islam yang sebaik-baik insan dan semulia umat agar terus membawa panji2 Islam ke seluruh pelusuk alam...

Memang tugas seorang wanita ialah melahirkan anak , memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah SWT untuknya. Tentang perkara ini Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita,disebabkan Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka" (An-Nisa':34)









8 comments:

Anonymous said...

Salam kak...
My very 1st comment of the blog...
huhu...

baru setahun jagung ke anak akak nih??
setahun jagung dah tuer laa...dah bulih tuai pun..haha

Anonymous said...

mslhnyer...jagung tuh beranak ke??hehe

Anonymous said...

Lena betul baby ni tidur,ibunya ke mana ......

cik hemo hemo said...

Comelnyer~

Anonymous said...

Comelnya baby...semoga dididik agar menjadi anak yang soleh & solehah..Insya Allah.

Anonymous said...

salam kak..

moga2 anak itu jd mukminah solehah juga. err.. laki ke pompuan tuh. hehe

Anonymous said...

InsyaAllah..baby tuh..pompuan..

erisya nor said...

tahniah....cute nya baby!