Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku insan biasa.
Ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat
selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia beroleh berkat
di akhirat sana mendapat syafaat
kerana peribadinya
aku terpesona
kerna budinya
aku jatuh cinta
rinduku padanya
tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga....
sesungguhnya apa
yang kudambakan
adalah cinta Allah yg Esa...
kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah.
5 Simkad #TonePlus untuk dimenangi! #BHContest
8 years ago
8 comments:
Salam,indah sungguh bait-bait puisi ini.Sesungguhnya jauhnya manusia dengan Allah SWT disebabkan jauhnya mereka dengan Rasulullah S.A.W.
melawis
xperasan ke..dr mane bait2 nih?hihi
cinta rabbul alamin...huhu...
apa apa hal sama samalah kita menghayati,, yang baik kita ambil yang buruk sama sama kita jauhi kan
maaflah buta kaum hawa tersipu sipu ini hakikat persoalan yang perlu dijawab maafla k
cinta kepada Allah adalah yang utama
good posting
salam ukhuwah
bunda..
salam ukhuwwah..syukran ziarah
salam minta izin utk dicopy paste....
Post a Comment