Wednesday, March 25, 2009

Wanita...muslimah...


Salam petang sahabat2 blogger ana semuanya...di sini rasenye nak berkongsi puisi bersama semua...dari sedikit pembacaan ana...



Terlafaz lancar sebuah akad,
Setulus janji mahar diberi,
Terangkat sudah segala penyekat,
Diriku pernah engkau miliki.

Dalam keterharuan,
Airmata ibuku berguguran,
Ayakku sebak melepaskan,
Puterinya akan engkau jagakan.

Lelaki,
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang.

Aduhai lelaki,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah lelaki,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan Rasul,
Suluhkanlah buatku,
Jalan menuju yang SATU,

Lelaki,
Hadiah mahal terbilang,
Bahtera penyelamat yang utuh,
Gelombang dan karang,
Tak mampu meruntuh.

Lelaki,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu yang sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Lelaki,
Asam garam rumah tangga,
Khilaf dan salah pasti ada,Sama-samalah berlapang dada,
Pemula pemaaf paling mulia.

Lelaki,
Menang bukan bererti benar,
Kalah bukan bererti salah,
Dalam berdebat, hormat memagar,
Tawaddukmu budi terindah.


11 comments:

XXX said...

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Chekgu BaniHassim said...

melawis siap kasi full lirik lagik...
renungan buat lelaki la nih??
huhu

bjorx said...

perkahwinan adalah satu perjudian.

CIK FARAH said...

Hani... Hehe jiwang ler.. Aku nak tambah sikit ayat Cik Lin.. Hidup juga satu perjudian.. so ko nak berhenti menangung risiko atau terus bermain dan menghadapi risiko..

muslimahsolehah said...

XXX...
lirik lagu nih...untuk tatapan bini ker?

Chekgu BH..
Ko xde bini lagi BH...

Bjorx
kahwin..halal..judi harammmm...cik lin.hahaha

cik farah
aku tak paham la..cik farah...
yg penting..aku dah stop sementara untuk menanggung risiko

Faris Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Faris Ibrahim said...

Indah sungguh ouisi tu..
jap,puisi ke?biaq pi la..
Janji,sungguh dlm maksudnya..

Muslimahsolehah said...

faris..
puisi la tuh en.faris...
memang dalam maksudnya daripada mane2 sungai...hehe

Ibn Hajar said...

Untuk muslimah solehah di harap banyak bersabar.. segala berlaku ada hikmah.. ini salah satu ujian untuk menguji iman saudari... jika ada berjaya melaluinya .. iman anda akan naik ke tahap yang seterusnya... ibn hajar mendoakan agar saudari akan memperolehi cinta yang sejati insya Allah

Chekgu BaniHassim said...

erm...akak ckp comment yg didelete dlm comments utk post ni ek??
erm...
yg tu, bukan akak yg delete, tapi si pengkomen yg delete...
kalau akak yg delete, dier akan tulis:
This post has been removed by the administrator.

oke??

princess damia said...

SALAM.. tumpang lalu jer.. no komen..