Monday, March 30, 2009

Ceritera cinta ke??tak dahh...

Kisah ni bukan lagi tentang cinta...tapi kisah kanak2 ribena kat sekolah tpt ana mengajar nih..
Alkisahnya begini...seperti biase lah...hari Isnin..time mood ngajar nih..kejap ade kejap takde cam biskut..best biskut chipsmore lagi...dengan berlari2 lari cucu..masuklah ana ke kelas tahun 4 Bersih dengan semangat secuit...nak mengajar subjek core ana...Sains...(apalagi..bhs omputih laa kena ckp)...cakap mestilah kena berhabuk2 sikit kat kelas kedua pandai ni...
Nak jadi citer...masa sesi perbincangan jawapan soalan tuh...
sengaja ana soal semula untuk pastikan murid2 kesayangan ni ingat ke tak..istilah atau maksud tertentu...jadi lepas satu2 sambil bagi klu...

last sekali sampaila ke perkataan "anus"(lubang punggung)... ana tanyalah murid2..
"erm..who knows what is anus?"... so..i just give clue.... "lubang...." dengan bangga dan yakinnya menjawab "lubang ....hidung" hehe... dengan tak semena-mena sambil menggebah2kan hidung masing2...apalagi...ana yang dah tak tahan nak tergelak...tutup mulut tahan ketawa dan senyum je laa...erm..moralnye..ajarla anak didik kita elok2..jangan silap bagi makna..binase...hehe...
kurang tercapai lagi la nampaknye objektif p&p sblm nih....


Wednesday, March 25, 2009

Wanita...muslimah...


Salam petang sahabat2 blogger ana semuanya...di sini rasenye nak berkongsi puisi bersama semua...dari sedikit pembacaan ana...



Terlafaz lancar sebuah akad,
Setulus janji mahar diberi,
Terangkat sudah segala penyekat,
Diriku pernah engkau miliki.

Dalam keterharuan,
Airmata ibuku berguguran,
Ayakku sebak melepaskan,
Puterinya akan engkau jagakan.

Lelaki,
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang.

Aduhai lelaki,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah lelaki,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan Rasul,
Suluhkanlah buatku,
Jalan menuju yang SATU,

Lelaki,
Hadiah mahal terbilang,
Bahtera penyelamat yang utuh,
Gelombang dan karang,
Tak mampu meruntuh.

Lelaki,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu yang sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Lelaki,
Asam garam rumah tangga,
Khilaf dan salah pasti ada,Sama-samalah berlapang dada,
Pemula pemaaf paling mulia.

Lelaki,
Menang bukan bererti benar,
Kalah bukan bererti salah,
Dalam berdebat, hormat memagar,
Tawaddukmu budi terindah.


Saturday, March 21, 2009

Sape nak?? Dua...singgit...






Sapelah pemilik cintaku??
Bosan tak bosan gak..permata hati duk di kampung..haaa tula..
pandai2 je datang sini sorang2..nak ptk konon...
alih2 diri sendiri merana kebuntuan..boring..bosan..
rumah nih...dh puluh2 kali den kemas..tak tau nak buek apo lagi..
alih2..kelmarin..gi la shopping shop ole-ole kat Shah Alam ni...
Jalan punye jalan..terserempak dengan satu buku menarik nih...tajuk nye..jeng..jeng..jeng
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL...Kopak duit ditengah2 nazak..hujung bulan nih....
tapi ku gagahi jua demi menuntut ilmu batin untuk diri nih..hehe

Bukunye..nipis jer...tak sampai 3600 saat..dah abis baca...
Antara intipati dan isi kandungan buku nih..best jugak dan ana benar2 tertarik dan terpanggil nak respons..
kisahnya yang dipaparkan oleh penulis buku nih..seolah2..dugaannya di dunia ini..hanyalah dengan ajnabi bernama 'LELAKI'...
Bagi ana...penulis cukup bertuah dan beruntung..kerana memperolehi seorang suami yang cukup mantap dan kukuh iman dan agamanya...
tapi dalam realiti sebenar kehidupan kita...kita sebagai hamba Allah..takkan lengkap tanpa diduga dan diuji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita...
Dugaan yang datang silih berganti pada setiap insan itu berbeza..menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hambaNya...
Tak semua..muslimah mendapat seorang sayap kanan yang ampuh akhlak dan agama...justeru..bersyukurlah mereka2 yakni muslimah di luar sana..kerana kita diuji dengan insan yang berbeza...
Alangkah indah hidup ini dihiasi dengan mawaddah wa rahmah di alam rumahtangga...tapi..takdir dan ketentuan serta perancangan Allah melebihi segalanya...
Bagi diri ana sendiri...dugaan yang menimpa..ana redha dan pasrah kerana...InsyaAllah ade sinar kebahagiaan dan hikmah yang bakal diterima...
Berbekalkan sedikit prinsip... "aku mencintaimu kerana agamamu,jika hilang agamamu,hilanglah cintaku padamu"-adaptasi dari kata-kata Imam Al-Nawawi.
Firman Allah taala yang bermaksud: Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik..begitu juga sebaliknya.."(surah Annur)


Friday, March 20, 2009

Cinta

Sebenarnya...
Diri ini cinta kepadaMu
Sebenarnya...
Diri ini rindu kepadaMu

Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
semua permata...di dasar lautan
sesungguhnya..walau ku siram
dengan air hujan dari tujuh langit pun..

Namun cinta
takkan hadir
namun rindu
takkan berbunga jika tidak mengharap rahmatMu
jika tidak menagih simpati
padaMu Ya Allah

Tuhan..hadiahkanlah..
kasihku..kepadaMu
Tuhan..kurniakanlah...
rinduku kepadaMu...

muga ku tahu..diriku..adalah milikMu...

Tuesday, March 10, 2009

Puisi Buat Kekasih

Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku insan biasa.

Ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia beroleh berkat
di akhirat sana mendapat syafaat

kerana peribadinya
aku terpesona
kerna budinya
aku jatuh cinta
rinduku padanya
tiada terkata
nantikanlah daku di taman syurga....

sesungguhnya apa
yang kudambakan
adalah cinta Allah yg Esa...

kerana cinta kepada Rasulullah
bererti cinta kepada Allah.