
Sepanjang bergelar muslimah, ana sedar tugasku ialah men'solehah'kan diri. Walaupun tidak termampu olehku mencapai darjat 'MUSLIMAH SOLEHAH', sekurang-kurangnya ada usaha ke arahnya....
Di samping keje2 sekolah, rumah lagi yang tak abis-abis....ade jugak sekelumit dua masa ana sempat menjenguk dan membelek sebuah buku.... terjumpa pulak satu puisi sajak yang begitu menusuk kalbu dan jiwa raga bakul ana...rase ingin ku kongsi bersama dengan antum antunna semua....
Sajak dikarang oleh Aminah Qutb...merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman mata penanya.
Sajaknya:
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar PASRAH
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar PASRAH
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Syahdu dan tersentuh hati lepas baca sajak nih..anda semua bagaimana?






