Perkongsian ilmu... di petang hari...Daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
"....dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (Surah An-Nisa' :13)
Sempena menyambut Maulidur Rasul keesokkan hari... marilah sama2 kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW...moga sama-sama kita beroleh syafa'at...Amin.










